Fuh!
Leganya bila dengar dan baca pengumuman bajet 2022.
Yang semput boleh senyum dan melepas nafas lega dengan bajet tahun ini.
Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19 yang meragut keselesaan kehidupan seperti kehilangan pekerjaan dan punca mata pencarian, perniagaan terhenti dengan mendadak, wang simpanan terpaksa di belanjakan, rumah dan kereta di pajak bank dan macam-macam lagi.
Pada masa keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang mengambil tindakan yang jauh dari jangkaan diri sendiri. Antaranya ialah membukan perniagaan sendiri.
Akibatnya boleh dilihat di media sosial ketika itu.
Tiba-tiba ramai berkecimpung dalam dunia perniagaan seperti aktiviti dropship, berniaga dalam talian, direct selling dan sebagainya. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi, tidak semua berjaya mengharungi pancaroba dunia keusahawanan kerana limitasi dari segi bantuan perniagaan, terutamanya untuk wanita dan tiada program ilmu perniagaan untuk kaum wanita belajar selok-belok berniaga di alaf yang baru ini.
Dengan adanya Bajet 2022, usahawan wanita bagaikan dihadiahkan dengan sinar baharu. Berbagai insentif di ketengahkan untuk usahawan wanita termasuk dana-dana eksklusif yang boleh memberikan impak yang besar kepada setiap usahawan wanita.
Peruntukan bajet sebanyak RM230 juta dimanfaatkan melalui dua cabang:
Mari kita kupaskan!
Pernahkan anda mendengar mengenai Pembiayaan Khas Wanita (DanaNITA) dan MyKasih Kapital?
DanaNITA diperuntukkan RM150 ribu. Ianya boleh di laburkan ke perkakasan yang canggih untuk menambah baik keluaran perniagaan atau untuk usahwanita menghadiri business coaching for women.
tau, usahawan-usahwan boleh gunakan dana tersebut untuk melatih pekerja-pekerja dengan menghadiri kelas-kelas teknik jualan, pemasaran digital, penulisan (copywriting), penampilan diri dan banyak lagi program untuk mengasahkan skil.
Cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan dana tersebut!
Luahkan sahaja keperluan anda. Mana tahu dana yang besar itu mampu memberikan impak yang besar dalam hidup anda sebagai seorang usahawan wanita yang baru bertatih.
Namun, DanaNITA bukanlah satu-satunya inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 ini.
Ada lagi.
Khusus untuk usahawan wanita yang menjalankan perniagaan dari rumah atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah dek tekanan kos sara hidup yang sangat tinggi.
Malah kos barangan harian dirumah sahaja boleh mencecah sehingga RM500-RM1,000 sebulan, bergantung kepada jumlah isi rumah.
Belum lagi kos-kos lain seperti pengangkutan, keperluan kesihatan, anak-anak bersekolah dan bermacam lagi.
Jadi jika anda merupakan seorang usahawan wanita yang berniaga secara kecil-kecilan atau baru mula berniaga dan memerlukan suntikan modal awal, MyKasih Kapital adalah akses kewangan yang harus anda diketahui.
Setiap pemohon yang berjaya akan menerima RM1,000 sebagai suntikan modal awal serta program bimbingan bagi mengalakkan perniagaan dalam talian.
Sangatlah sesuai untuk ibu tunggal, suri rumah, dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Fuh, kata bajet RM230 juta, tidak mungkin dua sahaja insentifnya.
Masih ada lagi…
Tadi kita sibuk berbincang mengenai dua insentif yang berpaksikan kepada dana untuk usahawan wanita.
Insentif yang ketiga ini pula berpandukan kepada pembangunan kemandirian dan kepimpinan wanita. Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk program Yayasan Kepimpinan Wanita.
Untuk merancakkan lagi sektor perniagaan keusahawanan wanita, sudah tentu elemen kepimpinan perlu diasah supaya kita dapat berdaya saing lebih tinggi di pentas perniagaan.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sudah tentu masukkan permohonan!
Inisiatif kerajaan untuk tahun 2022 menunjukkan mereka mengambil berat dan tekun mendengar keluhan dan rintihan para wanita untuk melangkah ke alam pekerjaan – jadi rebutlah peluang keusahawanan sekiranya peluang ini yang anda nanti-nantikan.
Pastinya anda melompat gembira selepas permohonan anda sudah berjaya. Apakah Langkah seterusnya?
Biasa dengar ulasan rakan-rakan usahawan yang dapat duit dana dan mula kabur pemandangan? Ada yang terus membeli-belah. Alasannya, sikit je. Ada yang beli kereta, rumah dan macam-macam lagi yang tidak kena mengena dengan perusahaan sendiri.
Anda, bagaimana pula?
Perlu kita ingat yang wang dana merupakan sebuah bantuan untuk digunakan untuk tujuan perniagaan. Terdapat satu prinsip yang dikenali sebagai Prinsip Pareto iaitu 80/20 rule di mana 80% yang dihasilkan datangnya dari 20% usaha yang diberikan.
Cuba bayangkan, pelaburan yang kecil untuk membesarkan perniagaan anda ke skala yang besar boleh menghasilkan pulangan sebanyak 80%.
Kita hanya ada kurang dari 6 bulan sahaja lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai.
Ayuh! Kita manfaatkan bajet tahun ini.