Arena perniagaan – Sebuah arena yang tidak asing lagi bagi usahawan-usahawan yang gigih berjuang setiap hari untuk sesuap nasi, kejayaan diri dan keluarga, mencapai cita-cita dan mengharumkan nama negara di persada dunia. Namun apabila kisah kejayaan anak-anak watan dilaungkan, sering kali ianya didominasikan oleh kaum Adam. Betul ke?
Bak kata pepatah Melayu, yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Oleh itu, ketahuilah bahawa kejayaan yang sebenar tidak mengenal agama, kaum, atau jantina seseorang itu. Apa yang diperlukan adalah ilmu, usaha dan rangkaian rakan yang baik-baik atau a good network of friends.
Kali ini kami ingin ketengahkan tiga usahawan wanita yang merupakan anak tempatan Malaysia. Usahawanita yang harus kita banggakan kerana mereka menerajui bidang terpilih dan berjaya mengorak langkah dan menakluki dunia. Sebagai pengasas kepada syarikat masing-masing, nilai keseluruhan bagi ketiga-tiga syarikat mereka melebihi USD 1 billion pada tahun 2021. Hebat, ke hebat?
Anda ingin Berjaya? Ikuti kupasan ringkas untuk mengenali siapakah mereka. Jadikan wanita-wanita hebat ini inspirasi anda!
Vivy Yusof, sebuah nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Terkenal dengan FashionValet, syarikat E-commerce beliau dan jenama pakaian Duck – kebangkitan beliau bermula dengan pengikut setia blognya yang ditulis ketika masih lagi bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda di London School of Economics (LSE), UK.
Bijak dalam memanfaatkan peluang yang ada, beliau menggunakan platform blog yang sedia ada untuk memperkenalkan syarikat yang ingin dilancarkan. Maka pengikut setianya menjadi pelanggan terawal.
Malah, pada ketika itu, platform E-Commerce masih lagi asing untuk masyarakat di Malaysia, lantas peluang terbuka luas untuk ‘first mover advantage’, dengan mengambil tindakan awal, perniagaan Vivy Yusof memasuki pentas dunia perniagaan dengan lancang.
Namun begitu, Vivy berkongsi bahawa liku cabaran seorang usahawan tidak akan berhenti, kejayaan bukan sekelip mata dan dengan teknologi canggih yang berubah-ubah setiap saat, untuk memliki kejayaan adalah sinonim dengan pembangunan diri.
Memahami bahawa pelanggan pada hari ini adalah pelanggan yang bijak dan mampu melakukan perbandingan antara produk di pasaran, beliau tidak lokek berbelanja ke jalan ilmu.
Bak kata orang putih, the day you stop learning is the day you die, maka Vivy teru-menerus membangunkan diri dengan pelbagai kursus sehingga mejejak kaki ke Stanford Graduate Business School.
Anda ingin menjadi seperti Vivy Yusof? Apakah tindakan pertama yang akan anda ambil untuk menjayakan diri dalam bidang pilihan anda?
Grab. Siapa tidak tahu akan kewujudan aplikasi mudah alih ini? Adakah anda tahu bahawa pengasas bersama aplikasi ini merupakan seorang wanita Malaysia?
Nama syarikat yang melintasi bibir segenap rakyat yang memerlukan pengangkutan di merata tempat berjaya memonopoli industri e-panggilan atau lebih dikenali sebagai e-hailing di Asia Tenggara.
Idea ini dicetuskan oleh Tan Hooi Ling ketika beliau masih lagi bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah pergerakkan individu bekerja tanpa kereta.
Atas pengalaman sendiri yang sering kali pulang lewat malam dan ibunya yang kerap kali melahirkan perasaan gelisahnya, Tan Hooi Ling memperkenalkan idea e-panggilan dengan menempah teksi di hujung jari ini kepada sahabat baiknya, Anthony Tan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2012.
Tan Hooi Ling sedar bahawa dunia start-up dikuasai oleh kaum lelaki, tetapi beliau tekad untuk tidak menjadikan faktor itu sebagai suatu unsur penyekat pergerakkan dan kejayaannya.
Malah, Tan Hooi Ling berbangga bahawa beliau dapat meninggalkan sebuah legasi serta jalan cara yang berharga bagi wanita-wanita yang ingin mengikut jejak langkahnya ke alam teknologi atau sains tegar supaya mudah berjaya dalam dunia perniagaan yang penuh dengan pancaroba.
Adakah anda terinspirasi? Industri mana yang anda berani redah untuk memperkasakan usahawanita negara?
Jenn Low merupakan pengasas jenama perhiasan yang pernah dipakai oleh model dan pelakon antarabangsa terkenal seperti Gigi Hadid, Selena Gomez, Jessica Alba dan Kendall Jenner.
Diinspirasikan oleh ayahnya, yang merupakan role model dan unsur teladan dalam melayari dunia perniagaan, Jenn Low diasah untuk sentiasa menggapai bintang dan berfikir melangkau yang biasa-biasa. Jean sentiasa berinovasi dan inginkan yang luar biasa.
Hasilnya, Wanderlust + Co merupakan barang perhiasan yang dijual di platform digital yang merupakan suatu cara penjualan yang agak ganjil bagi kebanyakan orang pada tahun 2010.
Namun, Jean tetap dengan pendiriannya dan redah terus dengan cara yang masih tidak diterokai. Beliau ketika itu masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar di Melbourne, Australia.
Keberanian beliau mengambil langkah yang berisiko itu membuahkan hasil. Kegigihan beliau menjayakan Wanderlust + Co dimana syarikatnya telah mengembangkan sayap ke 30 buah negara. Kini produk-produknya dijual di 400 kedai di seluruh dunia.
Mahukah anda melebarkan sayap ke luar negara? Apakah impian anda?
Mungkin ia kelihatan mustahil, tetapi untuk usahawanita watan Malaysia ini, tiada ada yang tidak boleh diatasi. Ketiga-tiga mereka meyakini bahawa kejayaan itu tiada batasan dan untuk merealisasikan impian menjadi seorang usahawan yang unggul bermula dengan langkah pertama.
Keberanian yang mereka miliki dalam mengejar cita-cita tiada tandingan.
Jadi, apakah caranya?
Mungkin itu bermain dalam fikiran anda.
Sudah semestinya, ilmu. Kunci kejayaan semestinya terletak dalam ilmu yang dipelajari.
Oleh itu, melalui kursus business coaching dikelolakan oleh jurulatih yang terlatih dan luas pengalaman, kami ingin mengajak anda untuk memulakan langkah dalam menjadi seorang usahawan yang berdaya saing, dan mempunyai semangat jitu.
Are you game?
Klik KOWENA untuk ketahui lebih lanjut program yang kami usahakan.