Dana untuk Usahawan Wanita di Malaysia

“Ah, tidak tahu lah nak memohon dana yang mana! Ada banyak sangat tapi saya tidak tahu mana satu yang sesuai untuk saya.”

Sejujurnya, itulah pengalaman penulis ketika mencari dana untuk start-up. Disebabkan itu, kami memilih untuk mengumpulkan beberapa dana yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Sama ada anda seorang founder start-up, seorang ibu tinggal berniaga secara kecil-kecilan, golongan wanita dari kumpulan B40, usahawan wanita yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan atau lain-lain.

Bak kata drama animasi Upin dan Ipin, “Macam-macam ada.”

Pemilihan dana yang sesuai penting kerana ia bergantung kepada kemampuan kita untuk memenuhi amanah yang perlu dipikul sejurus menerima dana tersebut.

Jadi, untuk coretan kali ini, kami akan memperkenalkan beberapa dana untuk usahawan wanita serta kelebihan dan syarat-syarat yang diperlukan.

Nak berniaga, kita tidak boleh lari dari mencari bakal-bakal pelabur atau pemberi dana. Penulis pernah melakukan satu simulasi perniagaan di mana ada beberapa kumpulan bertanding antara satu dengan yang lain.

Kumpulan penulis hampir gagal dalam simulasi tersebut kerana kami terlalu risau untuk mengambil pinjaman daripada bank untuk tujuan mengembangkan produksi syarikat simulasi tersebut.

Jadi jangan takut! Ambil risiko berkala dan teruskan perjuangan.

Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan dan apa objektif yang perlu dicapai. Kalau anda masih ragu-ragu, KOWENA menawarkan pelbagai program yang menarik dan informatif untuk anda timba ilmu mengurus perniagaan anda.

Mari kita kenali dana-dana yang sedia ada!

Tak sabar pula!

Tunas Usahawan Belia Bumiputera

1. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Program ini dianjurkan oleh SME Corp Malaysia khas untuk golongan belia.

Apa yang menarik tentang program ini ialah, pemohon yang berjaya bukan sahaja akan menerima geran dalam berbentuk kewangan, tapi, mereka juga akan dilatih oleh jurulatih niaga yang professional.

Program keusahawan yang dilangsungkan secara bootcamp adalah unik dan sangat jarang program diadakan.

Ia menguji kecekalan minda dan kemampuan usahawan membuat keputusan strategik untuk perniagaan.

Bukan itu sahaja, pemohon yang berjaya juga akan dilatih dalam program kepimipinan!

Yang paling menarik ialah tiga fasa yang perlu dilalui oleh setiap pemohon yang berjaya sebelum mereka tamat latihan.

Persediaan yang diberikan secara rapi oleh SME Corp Malaysia semestinya dapat membantu para usahawa baru untuk kekal teguh dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan.

Amaun geran diberikan adalah RM15,000. Wah! Rugi kalau kita lepaskan peluang ini.

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut: https://tube.smecorp.gov.my/

rural business CHALLENGE (RBC)

2. Rural Business Challenge (RBC)

Data menunjukkan bahawa terdapat ramai usahawan wanita telah mengambil keputusan untuk terjun ke sektor pertanian termasuk usahawanita di Sabah dan Sarawak.

Trend ini amat menggalakkan, tertutamanya bagi kaum wanita di luar bandar.

Bagi usahawanita dalam industri tani, program cabaran ini adalah untuk anda!

Cabaran ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang berkonsepkan business case.

Semasa penulis masih lagi bergelar pelajar universiti, business case challenge ini adalah salah satu aktiviti di universiti yang di nanti-nantikan.

Mana tidaknya, pada ketika ini lah kita boleh belajar dan mendengar idea-idea bernas untuk menambahbaik perniagaan.

Penulis juga pernah sertai program yang lebih kurang sama konsepnya – saya akui, ianya memang mencabar! 

Pada masa yang sama kami semua teruja dengan ilmu yang di sampaikan.

Cabaran itu semua menjadi samar-samar sahaja berbanding dengan manfaat yang diperolehi.

 

Jika anda mempunyai idea yang luar biasa seperti menghasilkan beras dengan kos yang rendah, RBC adalah tempatnya untuk anda mengorakkan langkah pertama.

 

Satu perkara yang penulis ingin kongsikan: sewaktu cabaran di jalankan, semua ida yang di ketengahkan akan dicabar oleh para juri yang pakar dalam bidang masing-masing.

Terasa keadaan ketika itu sangat getir.  Maka penulis sarankan supaya pemohon semua untuk menghadiri cari kelas atau mana-mana kursus perniagaan untuk melatih diri anda sebelum bertanding. 

Saranan yang terbaik ialah mencari coach yang boleh mencerahkan pandangan yang selalunya pada permulaan, agak kabur.

Kalau tidak mahu cari yang jauh, kami di KOWENA juga menawarkan program usahawan wanita yang berkaitan dengan anda.

 

Apa yang penting, kesiapsediaan itu perlu ada kerana amaun yang terkumpul untuk RCB adalah RM14 juta.

Takkan nak lepaskan peluang keemasan ini kan?

Perhatikan Facebook mereka untuk tarikh peluang ini dibuka lagi.

DanaNITA Mara

3. DanaNITA Mara 2022

Jika anda seorang usahawan wanita yang mencari dana khas untuk wanita dalam bentuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah, ini mungkin untuk anda!

Had pinjaman adalah RM150 ribu.

Apakah had umur pula? Had umur untuk memohon adalah antara 18-60 tahun.

Peluang ini jarang sekali hadir, maka ambillah peluang ini. Dana ini ditubuhkan untuk Bajet 2022, jadi, anda hanya ada lebih kurang dari 6 bulan lagi sebelum permohonan tamat!

Sebagai seorang usahawan wanita, memastikan kitaran aliran tunai yang mencukupi dan stabil adalah mustahak. Kalau kita sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan pada diri sendiri, kita juga harus sentiasa periksa tahap kesihatan kewangan perusahaan kita.

Antara syarikat yang bijak berniaga ialah Westfield di Australia yang telah mengambil sejumlah hutang yang besar dari bank selepas kerajaan Australia mengumumkan penutupan sempadan negara pada tahun 2020.

Hasilnya, Westfield berjaya untuk bertahan sepanjang penutupan garisan sempadan itu dan tetap mencatat keuntungan pada setiap akhir tahun kewangan.

Bagus ke hutang ni?  Orang putih kata, ada bad debt dan ada good debt.  Mengambil pinjaman secara strategik, dengan adanya pelan penggunaan yang jelas, selalunya hutang baik boleh menjanakan pulangan yang lebih tinggi.

Ini yang kita mahu terapkan dalam kalangan usahawan wanita kita bahawa hutang yang baik itu hanya akan berlaku apabila kita manfaatkan sepenuhnya peralatan kewangan perbankan ke arah pembangunan perniagaan secara tersusun, untuk pulangan yang berpatutan kepada perusahaan kita.

Jangan pula kita berbelanja semberono tanpa arah tujuan yang akhirnya menjadikan pinjaman tersebut hutang yang tidak baik.

Kalau kita nak mencapai angka 5, 6, 7 digit hasil jualan, kena lah tahu tindakan yang terbaik.

Apakah tindakan-tindakan tersebut?

Jika anda tertanya-tanyai, usah menyesatkan diri lagi. KOWENA ada tawarkan pelbagai kursus usahawan wanita yang bersesuaian dengan anda.